Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sindiket tipu kerja tumpas

    KUCHING, 9 OGOS – Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam serbuan di dua kondominium di bandar raya ini, Isnin lepas.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata serbuan pada 8 malam itu menahan empat lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 20an.

    “Hasil pemeriksaan menjumpai 45 kad ATM pelbagai bank, 21 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kenderaan, tiga komputer serta dua modem dan router Wi-Fi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket tersebut beroperasi sebagai ‘pusat panggilan’ yang menjalankan kegiatan mengawal akaun bank dan membuat pemindahan wang.

    “Modus operasi sindiket adalah kononnya menyediakan kerja sambilan menerusi YouTube dengan hanya ‘Like’ (meletakkan tanda suka) and ‘Share’ (kongsi) ke akaun yang ditetapkan dalam satu kumpulan Telegram.

    “Golongan sasaran adalah dalam kalangan rakyat tempatan dan Indonesia. Sindiket ini dipercayai aktif sejak Jun lepas dengan kerugian dianggar berjumlah RM1.8 juta” katanya.

    Menurut Mancha kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

    Mancha pada sidang media susulan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud ditumpaskan dalam serbuan di dua kondominium di bandar raya ini, Isnin lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda