Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sindiket wang palsu ditumpaskan

    Wang palsu RM100 sebanyak 136 keping dan AS$100 sebanyak 3,464 keping yang berjaya dirampas dalam ‘Ops Khas’ di kawasan Kampung Jijan Tengah, Nilai
    Turut dirampas dadah jenis syabu seberat 10.91 Gram. Hasil daripada operasi itu juga, seramai tiga lelaki dan dua perempuan ditahan. – Bernama

    SEREMBAN, 29 Dis – Polis menumpaskan sindiket wang palsu dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita serta merampas 3,464 keping wang  kertas palsu Dolar Amerika dan 136 keping wang palsu Ringgit Malaysia, masing-masing setiap keping bernilai AS$100 dan RM100.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk  Noor Azam Jamaludin berkata kelima-lima mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jijan Tengah, Nilai, pagi semalam.

    Berkata berkata selain wang palsu Dolar Amerika bernilai AS$346,400 (kira-kira RM1.3 juta) dan wang palsu Ringgit Malaysia bernilai RM13, 600 itu, polis turut merampas satu  plastik mengandungi potongan kertas berwarna hijau dan hitam yang ditemukan di dalam sebuah beg pakaian. (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda