Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinergi pemimpin sekolah, jurulatih pengajaran pemacu kecemerlangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Bimbingan pengajaran terbukti sebagai alat yang berkuasa bagi membangunkan pendidik dan meningkatkan prestasi pelajar. Dalam hubungan itu, jurulatih pengajaran memainkan peranan yang penting dalam sekolah sebagai pemangkin bagi perubahan, membimbing pendidik ke arah mengguna pakai amalan pengajaran inovatif yang bukan sahaja akan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga memupuk kemahiran abad ke-21.

    Mereka merupakan mentor dan pembimbing yang memperkasakan pendidik untuk menyampaikan arahan khusus untuk memenuhi keperluan pelbagai pelajar-pelajar.

    Namun begitu, hanya dengan sokongan dan hala tuju strategik daripada pemimpin sekolah, jurulatih-jurulatih pengajaran mempunyai peluang yang lebih baik meraih kejayaan dalam memperjuangkan pendidikan berkualiti saksama.

    Sinergi antara pemimpin sekolah dan jurulatih pengajaran merupakan pemacu sekolah-sekolah ke arah kecemerlangan, tekan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh dalam ucapannya semasa Perasmian Seminar Pakar Pendidikan Ke-4, 2024 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

    Dalam hubungan itu, beliau menyeru semua pihak untuk mengesahkan semula komitmen mereka kepada kecemerlangan dalam pendidikan dengan memastikan setiap pelajar mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan pemikiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia hari esok.

    Tetamu kehormat ketika menyampaikan ucapannya semasa Perasmian Seminar Pakar Pendidikan Ke-4, 2024 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, hari ini. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda