Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singa berkeliaran di Karachi cetuskan panik

    ISLAMABAD, 30 OGOS – Buat kali kedua pada tahun ini, seekor singa dilihat berkeliaran di bandar raya Karachi, Pakistan, menurut seorang pegawai polis hari ini.

    Singa jantan berusia 20 bulan itu berkeliaran di kawasan perumahan di Karachi selama kira-kira dua jam kelmarin dan telah mencetuskan panik sebelum haiwan itu ditangkap semula, kata pegawai polis Sheraz Nazir.

    Sementara itu, pegawai hidupan liar Mukhtiar Ahmed berkata pasukannya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam untuk mengepung singa itu di tempat letak kereta dan kemudian menangkapnya, lapor agensi berita Jerman (dpa)

    Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya kerana memelihara haiwan liar di kawasan perumahan.

    Pemilik boleh dikenakan denda sehingga 300,000 rupee Pakistan dan penjara sehingga tiga tahun.

    Walaupun undang-undang hidupan liar Pakistan membenarkan rakyatnya mewujudkan zoo mini, tetapi memelihara singa atau harimau sebagai haiwan peliharaan di kawasan kediaman adalah satu jenayah.

    Tetapi undang-undang itu sering diabaikan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda