SINGAPURA, 29 SEPT – Singapore Airlines berkata hari ini ia telah membatalkan rancangan untuk penerbangan ‘flights to nowhere’ bertujuan merangsang kewangan yang terjejas oleh koronavirus selepas bantahan berhubung kesan ke atas alam sekitarnya.
Dengan industri penerbangan dibelenggu krisis, beberapa syarikat penerbangan, termasuk di Australia, Jepun dan Taiwan, telah menawarkan penerbangan dekat yang bermula dan berakhir di lapangan terbang yang sama untuk mengumpul wang tunai.
Mereka dikhaskan untuk orang yang berminat terbang pada masa sekatan, dan telah pun terbukti popular. Namun syarikat penerbangan Singapura – yang telah menghentikan hampir kesemua penerbangan dan mengurangkan ribuan pekerja – berkata ia telah membatalkan idea itu selepas kajian semula.
Syarikat penerbangan itu telah mengemukakan idea alternatif untuk mengumpul pendapatan, termasuk menawarkan kunjungan pesawat udara kepada pelanggan dan menawarkan mereka peluang untuk makan di dalam Airbus A380, kapal terbang komersial terbesar di dunia.
Aktivis alam sekitar telah menyuarakan tentangan terhadap pelancaran Singapore Airlines ‘flights to nowhere’, dengan kumpulan SG Climate Rally berkata mereka akan menggalakkan dan mencetuskan ‘perjalanan intensif karbon tanpa sebab yang munasabah.’ – AFP