Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura adakan rundingan bagi eksport farmaseutikal ke AS

    SINGAPURA, 28 APRIL – Timbalan Perdana Menteri Singapura berkata negara itu sedang mengadakan rundingan konsesi bagi eksport farmaseutikal ke Amerika Syarikat (AS) selepas panggilan telefon dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.

    Gan Kim Yong, yang juga Menteri Perdagangan dan mengetuai Pasukan Petugas Ketahanan Ekonomi Singapura, berkata kepada pemberita kelmarin farmaseutikal membentuk lebih 10 peratus daripada eksport negara itu ke AS, menurut akhbar The Straits Times.

    Gan berkata beliau ada membuat panggilan telefon dengan Lutnick Jumaat lalu.

    “Walaupun AS tidak bersedia untuk menurunkan 10 peratus tarif asasnya, kami bersetuju untuk meneroka bagaimana kami boleh memperdalam hubungan ekonomi secara positif dan kami akan terus membincangkan cara praktikal ke hadapan,” tulis Gan di halaman LinkedInnya.

    “Saya mengalu-alukan Setiausaha Lutnick untuk melawat Singapura, dan berharap untuk mengembangkan lagi perkongsian perdagangan dan pelaburan kami dengan AS.” – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda