SINGAPURA, 26 JULAI – Singapura akan menjalankan hukuman gantung terhadap dua pesalah dadah pada minggu ini, termasuk wanita pertama yang akan dikenakan hukuman itu dalam tempoh hampir 20 tahun, menurut kenyataan kumpulan hak asasi manusia kelmarin, dan menggesa hukuman tersebut ditangguhkan.
Pertubuhan hak asasi manusia tempatan, Transformative Justice Collective (TJC) berkata seorang lelaki berusia 56 tahun disabitkan kesalahan menyeludup 50 gram heroin dijadualkan akan dihukum gantung hari ini di Penjara Changi.
Seorang wanita berusia 45 tahun yang dikenali pasti oleh TJC sebagai Saridewi Djamani juga akan menjalani hukuman pada Jumaat. Dia dikenakan hukuman gantung pada 2018 selepas menyeludup 30 gram heroin.
Sekiranya hukuman tersebut diteruskan, dia akan menjadi wanita pertama yang menjalani hukuman di Singapura sejak 2004 apabila seorang pendandan rambut berusia 36 tahun, Yen May Woen dihukum gantung kerana menyeludup dadah, kata aktivis TJC, Kokila Annamalai.
TJC berkata kedua-dua tahanan itu adalah warganegara Singapura dan keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai tarikh hukuman.
Singapura mengenakan hukuman mati bagi jenayah tertentu, termasuk bunuh dan beberapa kes culik.- AFP
