Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Singapura akan naikkan usia persaraan, bekerja semula

    SINGAPURA, 4 MAC – Umur persaraan di Singapura akan dinaikkan pada tahun 2026 kepada 64 tahun dan mereka yang ditawarkan untuk bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun, menurut media tempatan.

    Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng hari ini, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi kementeriannya di Parlimen, lapor The Business Times.

    Perubahan itu adalah sebahagian daripada proses berterusan yang akan menyaksikan umur persaraan dan usia bekerja semula negara itu masing-masing mencapai 65 tahun dan 70 tahun menjelang tahun 2030.

    Umur persaraan dan bekerja semula semasa masing-masing dinaikkan kepada 63 tahun dan 68 tahun pada Julai 2022.

    Langkah itu merupakan sebahagian daripada cadangan yang dibuat oleh Tripartite Workgroup on Older Workers yang ditubuhkan pada Mei 2018 untuk mengukuhkan sokongan bagi pekerja warga emas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...