Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura akan vaksin kanak-kanak umur 12 tahun ke atas

    SINGAPURA, 31 MEI – Singapura akan memulakan vaksinasi kanak-kanak sekolah tidak lama lagi, kata perdana menteri hari ini, selepas para pegawai memberi amaran yang strain baharu itu mudah menjangkiti kanak-kanak dan remaja.

    Negara itu baru-baru ini mengetatkan kekangan susulan peningkatan dalam kes-kes jangkitan selepas berbulan-bulan tidak ada melaporkan sebarang jangkitan tempatan.

    Ini termasuk menutup sekolah di tengah-tengah tanda-tanda varian baharu seperti yang pertama dikesan di India, menjejaskan kanak-kanak dalam jumlah besar.

    Dalam ucapan di televisyen, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pelajar sekolah berusia 12 dan ke atas akan menjadi kumpulan seterusnya untuk diinokulasi.

    Pengawal selia kesihatan meluluskan vaksin Pfizer/BioNTech bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun bulan ini yang sebelumnya hanya membenarkan mereka berusia 16 tahun dan ke atas.

    “Dalam penularan terkini, kami menyaksikan banyak kes kanak-kanak telah dijangkiti di sekolah-sekolah dan pusat tuisyen. Oleh itu pelajar akan divaksin semasa cuti Jun ini,” kata Lee. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda