Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura B dominasi Tarik Kalat Jubli Emas

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 5 Nov – Pasukan Singapura B telah muncul johan bagi Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta dan seterusnya menerima hadiah wang tunai sebanyak $2,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Johan juga membawa pulang piala rebutan yang disumbangkan oleh Kingston Pepsi Brunei.

    Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas tersebut telah diadakan di Kawasan Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong, pagi tadi.

    Sementara naib johan telah disandang oleh Pasukan EWC dengan menerima wang tunai sebanyak $1,500 serta piala iringan dan sijil penyertaan.

    Pasukan di tempat ketiga iaitu pasukan Chain Block B telah menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,000 serta piala iringan dan sijil penyertaan, manakala di tempat keempat diraih oleh Pasukan Chain Block A dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak $400, piala iringan dan sijil penyertaan.

    Johan Perlawanan Tarik Kalat Jubli Emas, Pasukan Singapura B ketika menerima trofi kejuaraan mereka daripada Setiausaha Tetap KSSUP.
    Antara aksi menarik semasa perlawanan tarik kalat dijalankan di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim, Tutong.

    Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin yang juga selaku wakil kepada Menteri KSSUP, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

    Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di Daerah Tutong, penghulu-penghulu dan ketua-ketua Kampung serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang ramai.

    Sebanyak 12 buah pasukan ikut bertanding dalam perlawanan tarik kalat tersebut termasuk dua pasukan dari Singapura.

    Perlawanan tarik kalat merupakan salah satu acara sampingan bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, yang dianjurkan bersama KSSUP dan Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda