Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Singapura bakal hukum gantung lelaki Malaysia minggu ini

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Seorang lelaki Malaysia yang dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup heroin dijadualkan untuk digantung minggu ini di Singapura, menurut aktivis anti-hukuman mati hari ini. Perkara itu sekali lagi mencetuskan desakan agar republik tersebut menghentikan hukuman mati.

    Jika hukuman itu dilaksanakan, Datchinamurthy Kataiah, 39, akan menjadi rakyat Malaysia ketiga dan individu ke-11 yang dihukum gantung tahun ini di Singapura.

    Menurut Kokila Annamalai dari kumpulan Transformative Collective Justice, keluarga Datchinamurthy menerima notis pada Ahad lalu bahawa hukuman gantung akan dijalankan Khamis ini di Penjara Changi.

    Datchinamurthy ditangkap pada 2011 dan kemudian disabitkan kesalahan kerana menyeludup kira-kira 45 gram (1.6 auns) heroin ke dalam Singapura.

    Beliau sepatutnya digantung pada 2022 tetapi mendapat penangguhan saat akhir sementara menunggu cabaran undang-undang yang akhirnya ditolak mahkamah pada Ogos lalu.

    Di bawah undang-undang ketat Singapura, sesiapa yang memiliki lebih 15 gram heroin atau 500 gram ganja wajib dijatuhi hukuman mati. Pengkritik berkata undang-undang itu lebih banyak menyasarkan pengedar kecil dan penghantar dadah.

    Bercakap pada sidang media bersama melalui pautan video dengan Amnesty International Malaysia dan Anti-Death Penalty Asia Network, Kokila membacakan surat daripada kakak Datchinamurthy, Rani, yang telah terbang ke Singapura untuk meluangkan masa bersama adiknya. – AP

    Nicole Fong (empat kiri) dari Amnesty International Malaysia memegang plakad bersama aktivis hak asasi lain ketika sidang media di Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...