Monday, November 25, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura bakal iktiraf sembilan sekolah perubatan luar negara

    SINGAPURA, 12 NOV – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dan Majlis Perubatan Singapura (SMC) akan mengiktiraf sembilan lagi sekolah perubatan luar negara dari Australia, Ireland, dan United Kingdom, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

    Penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sekolah perubatan luar negara yang diiktiraf di Singapura kepada 112.

    MOH berkata langkah tersebut merupakan sebahagian daripada semakan berkala SMC bagi memastikan doktor perubatan yang mendapat latihan di luar negara dan ingin berkhidmat di Singapura menerima latihan yang setaraf dengan graduan tempatan.

    “Penambahan ini akan membantu Singapura memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap doktor dengan lebih baik, memandangkan populasi kita semakin tua, walaupun jumlah pelajar yang diterima masuk ke sekolah perubatan tempatan telah meningkat daripada sekitar 400 pelajar pada 2013 kepada lebih 500 pelajar pada 2023,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    MOH berkata pihaknya telah menerima cadangan SMC setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk kedudukan antarabangsa sekolah-sekolah berkenaan, kesesuaian bahasa pengantar dengan amalan tempatan, dan prestasi graduan daripada institusi berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda