Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura berkas pegawai buruan Vietnam

    SINGAPURA, 2 Jan – Seorang pegawai perisikan pelarian Vietnam dikehendaki di negaranya kerana didakwa mendedahkan rahsia negara, ditangkap di Singapura, menurut peguamnya hari ini.

    Phan Van Anh Vu, yang juga pemaju hartanah, diberkas pada Khamis di pos pemeriksaan sempadan ketika dia cuba menyeberang masuk ke dalam Malaysia.

    Polis di bandar tengah Vietnam Da Nang mengatakan dalam beberapa hari bahawa VU, 42, diburu kerana ‘secara sengaja mendedahkan rahsia negara’ namun tidak memberikan perincian lanjut.

    Peguamnya Remy Choo memberitahu AFP bahawa dia perlu bertemu keluarga VU yang mengesahkan bahawa ‘selain daripada menjadi pemaju hartanah, dia juga adalah seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan perisikan Vietnam.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda