Singapura catat 188 kes baharu

SINGAPURA, 2 JULAI – Singapura hari ini melaporkan 188 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 10 lagi kes dalam komuniti, menjadikan jumlahnya di republik tersebut kepada 44,310 kes.

Menurut data ringkas tengah hari yang disiarkan oleh Kementerian Kesihatan MOH), kes komuniti itu melibatkan lapan rakyat Singapura atau penduduk tetap dan dua lagi pemegang pas pekerja.

Sebagai tambahan, terdapat kes import yang ditempatkan di bawah Notis Duduk-Rumah setibanya di Singapura manakala selebih kes baharu itu melibatkan pekerja asing di asrama, demikian menurut kementerian berkenaan. – Bernama