SINGAPURA, 29 SEPT – Singapura dalam pengesahan awal melaporkan tambahan 27 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini, semua kes import itu diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di republik itu. Sementara itu, kementerian tersebut berkata terdapat satu kes dalam komuniti melibatkan pemegang pas kerja.
Dengan perkembangan baharu itu, jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 57,742 kes. – Bernama