Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura catat 528 kes baharu COVID-19

    SINGAPURA, 30 APRIL – Singapura hari ini mengesahkan tambahan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk enam kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap.

    Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan ‘majoriti mendadak’ kes hari ini adalah daripada penghuni asrama hingga membawa jumlah kes di republik ini kepada 16,169 orang.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa jumlah kes baharu dalam komuniti telah berkurangan, daripada purata 25 kes sehari pada minggu sebelum kepada purata 17 kes sehari pada minggu lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda