Sunday, November 10, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura catat suhu 36.3 darjah Celsius, tertinggi pada Oktober

    SINGAPURA, 2 NOV – Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) kelmarin telah mengumumkan bahawa negara itu merekodkan suhu tertinggi iaitu 36.3 darjah Celsius bagi Oktober iaitu pada 9 Oktober lalu.

    Oktober tahun ini menyaksikan suhu maksimum harian melebihi 34 darjah Celsius selama 25 hari, lapor Xinhua.

    Pada 9 Oktober, suhu melebihi 35 darjah Celsius direkodkan di beberapa bahagian, dengan 36.3 darjah Celsius dicatat di utara Singapura, menurut MSS.

    Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Singapura pada Oktober, memecah rekod sebelum ini iaitu 35.7 darjah Celsius pada 14 Oktober 2001 dan 13 Oktober 2019.

    Sementara itu, jerebu yang melanda negara itu pada 7 dan 8 Oktober kini beransur pulih susulan lebih banyak hujan dicatat pada akhir Oktober, menurut MSS. – Bernama

    Kelibat memerang kelihatan di ikon pelancongan Singapura, Merlion pada 15 September 2022. Singapura mencatatkan suhu tertinggi Oktober lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda