Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura, China, Malaysia dominasi pelaburan asing di Indonesia

    JAKARTA, 8 OGOS – Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Indonesia, Hasan Nasbi menyenaraikan Singapura dan Malaysia antara lima negara utama dengan pelaburan terbesar di Indonesia setakat Ogos 2025.
     
    Dalam sidang media di pejabat PCO di Jakarta kelmarin, beliau berkata data itu menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap prospek ekonomi negara di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
     
    “Daripada lima negara yang paling banyak melabur di Indonesia, Singapura merupakan pelabur terbesar dengan nilai pelaburan AS$8.8 bilion,” katanya seperti dipetik agensi berita ANTARA.
     
    Di Indonesia, pelaburan dari Hong Kong dan China berjumlah lebih AS$8 bilion, manakala pelaburan Malaysia sebanyak AS$1.7 bilion dan Jepun AS$1.6 bilion.
     
    Lima sektor utama yang menarik pelaburan asing ialah industri logam asas, pengangkutan dan telekomunikasi, perlombongan, perkhidmatan serta sektor perumahan dan kawasan perindustrian.
     
    “Pelaburan ini telah direalisasikan. Ini bermaksud mereka benar-benar melabur di sini, bukan sekadar komitmen atau janji,” katanya.
     
    Jumlah keseluruhan nilai pelaburan yang direalisasikan setakat Ogos 2025 direkodkan pada Rp942.9 trilion, iaitu hampir 50 peratus daripada sasaran tahunan Rp1,900 trilion.
     
    Beliau berkata pencapaian itu menjadi isyarat kukuh bahawa Indonesia kekal sebagai destinasi utama pelaburan global. – Bernama
     
    Orang ramai berjalan di sepanjang sungai bersebelahan dengan daerah perniagaan kewangan di Singapura pada 7 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda