Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura denda 9 institusi kewangan global

    SINGAPURA, 4 JULAI – Bank pusat Singapura hari ini berkata ia telah mengenakan denda kepada beberapa institusi kewangan global terkemuka, termasuk Citibank dan pemberi pinjaman Switzerland UBS, kerana pelanggaran yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram terbesar di negara pulau itu.
     
    Kira-kira 10 orang yang berasal dari wilayah Fujian di China tetapi mempunyai pasport bukan Cina yang berbeza telah disabitkan dan dipenjarakan di Singapura dalam kes SG$3 bilion (AS$2.4 bilion), juga dilaporkan antara kes pengubahan wang haram terbesar di dunia.
     
    Mereka menggunakan sistem kewangan Singapura untuk mencuci hasil wang haram daripada perjudian pelbagai negara, menurut polis.
     
    Berikutan penahanan mereka pada 2023, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), melancarkan pemeriksaan yang meluas ke dalam institusi kewangan berkaitan dengan orang yang berkepentingan dalam kes itu.
     
    MAS berkata hari ini, ia telah menyelesaikan siasatannya dan mengenakan denda berjumlah SG$27.45 juta ke atas sembilan institusi kewangan kerana melanggar 
    perlindungan pencegahan pengubahan wang haram.
     
    Antara yang didenda ialah Credit Suisse Cawangan Singapura sebanyak SG$5.8 juta, pemberi pinjaman tempatan United Overseas Bank (UOB) sebanyak SG$5.6 juta, cawangan Singapura UBS AG sebanyak SG$3.0 juta dan Citibank N.A. Singapura dan Citibank Singapore Ltd sebanyak Sg$2.6 juta.
     
    Bank Julius Baer Switzerland cawangan Singapura juga didenda SG$2.4 juta, manakala tiga lagi institusi kewangan melengkapkan baki denda tersebut. – AFP 
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda