Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura hantar Chinook RSAF bagi operasi bantuan

    SINGAPURA, 30 Ogos – Singapura akan menghantar empat helikopter CH-47 Chinook milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dari pangkalannya di Peace Prairie di Grand Prairie, Texas untuk membantu operasi bantuan berikutan Taufan Harvey yang melanda bandar itu.

    Tawaran itu disampaikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dalam perjalanan ke Texas, demikian menurut kenyataan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu lewat Selasa.

    “Perdana Menteri Lee berkata ini merupakan sumbangan kecil untuk menyatakan penghargaan kepada Amerika Syarikat, khususnya Texas, yang menjadi tuan rumah yang baik buat pangkalan Peace Prairie kami,” kata kementerian itu.

    Dalam pada yang sama, Lee Hsien Loong akan melawat Amerika Syarikat pada bulan Oktober dan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rumah Putih, jurucakap Kementerian Luar Singapura berkata kelmarin.

    Menurut jurucakap itu, Lee menghubungi Trump kelmarin bagi menyatakan rasa simpati kepada mangsa yang terkorban dan kerosakan yang disebabkan oleh Taufan Harvey di Texas dan Louisiana. – Bernama/Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda