Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Singapura hantar penyiasat kes penerbangan SIA SQ321

    SINGAPURA, 22 MEI – Pegawai dari Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura telah tiba di Bangkok untuk kes pergolakan penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, kata Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat, hari ini.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat menghantar satu pasukan untuk menyokong siasatan kerana jet Boeing 777-300ER terlibat dalam kemalangan itu, kata Chee.

    Penerbangan bantuan yang membawa 131 penumpang dan 12 anak kapal sebelum itu dalam penerbangan SQ321 tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pagi tadi.
    Kemalangan itu menyebabkan seorang maut.

    Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...