Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura, Indonesia, Filipina gesa India eksport semula beras

    MOSCOW, 21 OGOS – Singapura, Indonesia dan Filipina menyeru India menyambung semula eksport beras berikutan keputusan New Delhi untuk menangguhkan penghantaran beras putih bukan basmati ke luar negara, Sputnik memetik laporan media India.

    Singapura telah meminta bekalan kira-kira 110,000 tan beras dari India, dengan Indonesia berhasrat mengimport satu juta tan beras untuk mengurangkan gangguan dalam pasaran makanan yang disebabkan oleh cuaca buruk, akhbar Mint melaporkan kelmarin, sambil menambah bahawa Filipina juga sangat bergantung kepada bekalan beras dari India.

    Negara dan entiti lain, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bangladesh, telah meningkatkan permintaan beras dari India, menurut laporan itu.

    Program Makanan Sedunia PBB baru-baru ini meminta pembekal India membekalkan 200,000 tan beras untuk bantuan kemanusiaan bagi meningkatkan keselamatan makanan global yang terjejas dengan ketara akibat pandemik COVID dan konflik Ukraine, akhbar itu melaporkan.

    Pada 20 Julai, kerajaan India mengumumkan bahawa pihaknya menggantung eksport beras putih bukan basmati untuk meningkatkan bekalan domestik dan menyemak harga pasaran.

    Langkah itu menyebabkan gangguan besar kepada pasaran makanan global kerana India menyumbang 40 peratus daripada eksport beras global. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda