Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura jalani hukuman mati warga Malaysia

    SINGAPURA, 14 Julai – Singapura hari ini melaksanakan penghukuman mati ke atas penyeludup dadah warga Malaysia di sebalik rayuan bagi pengampunan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan kebimbangan yang dilahirkan oleh kumpulan hak asasi kemanusiaan berhubung dakwaan kelemahan dalam perbicaraannya.

    Prabagaran Srivijayan diberkas pada tahun 2012 selepas heroin seberat 22.24 gram ditemui dalam kereta yang dipandunya apabila ia ditahan di tempat pemeriksaan menuju Singapura.

    Dia dijatuhkan hukuman mati dua tahun kemudian selepas disabitkan dengan kesalahan menyeludup dadah. Menyeludup jumlah tertentu dadah ke Singapura boleh membawa kepada hukuman mati mandatori melainkan syarat tertentu dipenuhi untuk menukar hukuman.

    Prabagaran Srivijian, 29 tahun telah dihukum mati di penjara hari ini, Pusat Biro Narkotik negara kota itu berkata dalam satu kenyataan.

    Penghukuman mati di Singapura dijalankan melalui hukuman gantung.

    Biro itu mengatakan jumlah dadah yang didapati bersamanya ‘cukup untuk memberi kira-kira 265 orang penagih dadah selama seminggu.”

    Dia menegaskan dirinya tidak bersalah dan telah membuat rayuan di Singapura dan negara asalnya, termasuklah usaha di Mahkamah Rayuan Malaysia untuk merujuk negara jirannya itu ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di Hague.

    Rayuannya di Singapura, termasuklah cabaran mahkamah terakhir semalam dan rayuan kepada presiden, kesemuanya telah ditolak.

    PBB membantah rancangan pelaksanaan penghukuman mati itu, dengan pejabat badan hak asasi PBB di Asia Tenggara minggu ini menggesa Singapura supaya tidak meneruskan sementara rayuan Malaysia masih belum selesai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda