Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura lancar kaji selidik hukuman mati

    SINGAPURA, 31 Okt – Singapura akan membuat penilaian mengenai sikap orang awam menerusi kaji selidik terhadap hukuman mati, menurut menteri dalam negeri hari ini, tatkala kumpulan hak asasi manusia memperbaharui tuntutan untuk penghapusannya.

    Negara itu telah menjatuhi hukuman mati kepada lapan pesalah tahun lepas, jumlah ter-tinggi dalam tempoh sedekad, menurut data rasmi. Kesemua pesalah terlibat dalam dadah.

    Menurut The Straits Times, ia merupakan kali pertama MHA yang bertanggungjawab bagi jabatan penjara akan menjalankan kaji selidik mengenai subjek tersebut. Hukuman gantung ke atas pesalah dari Malaysia yang menyeludup dadah, Prabu N Pathmanathan minggu lepas telah mencetuskan tuntutan baharu untuk menghapuskan hukuman mati, legasi pemerintahan kolonial British. Sementara itu, Malaysia telah meminta Singapura untuk menggantikan banduan berusia 31 tahun itu dalam dasar kemanusiaan.

    “Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan melaksanakan kaji selidik untuk meningkatkan pemahaman bagi sikap penduduk Singapura terhadap hukuman mati,” beritahu MHA dalam satu kenyataan kepada AFP. Menurutnya, kaji selidik itu merupakan sebahagian daripada penyelidikan biasa yang dilakukan oleh kerajaan mengenai sistem keadilan jenayah dan ia melibatkan rakyat dan penduduk tetap. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda