Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura mula ujian import elektrik dari Malaysia

    SINGAPURA, 26 OKT – Singapura akan memulakan ujian selama dua tahun untuk import elektrik dari Semenanjung Malaysia ke republik itu, menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

    “Bagi memenuhi komitmen terhadap perubahan iklim, terdapat keperluan untuk mengubah cara Singapura menjana dan menggunakan tenaga.

    “Memanfaatkan grid bekalan tenaga serantau bagi sumber tenaga yang lebih bersih antara strategi untuk mempelbagaikan lagi bekalan tenaga Singapura,” menurut EMA dalam laman webnya.

    Katanya ujian itu untuk menilai dan meneliti rangka kerja teknikal dan kawal selia bagi mengimport bekalan elektrik ke Singapura.

    “Ini akan membantu memudahkan import dalam skala yang lebih besar dari rantau ini pada masa depan,” katanya.

    EMA berkata pihaknya merancang untuk mengeluarkan Permintaan bagi Saranan (RFP) pada Mac 2021 untuk 100 megawatt (MW) import elektrik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda