Tuesday, April 1, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura percepat kempen vaksinasi

    SINGAPURA, 5 JULAI – Keutamaan Singapura ketika ini adalah mempercepatkan vaksinasi COVID-19 sebelum membuka semula pintu sempadannya kerana ia menjadi faktor penting ke arah proses pemulihan republik itu, menurut Menteri Kewangan Lawrence Wong.

    “Ini adalah isu teras Singapura, kerana kita wujud dan mampu terus berkembang adalah berasaskan kemampuan kita menghubungkan perniagaan dengan pengguna untuk rantau ini dan ke seluruh dunia,” katanya Wong menerusi kenyataan berhubung pelan sokongan COVID-19 di parlimen hari ini.

    Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 berkata terdapat maklum balas daripada komuniti perniagaan dan pelaburan bahawa Singapura mungkin akan ketinggalan berbanding hab lain yang lebih agresif untuk membuka semula sempadan mereka.

    “Kami menyedari kekhuatiran itu. Tetapi kita juga amat berhati-hati kerana andai kita membuka sempadan terlalu awal sebelum mencapai kadar vaksinasi cukup tinggi, kita mungkin berakhir dengan terpaksa berdepan gelombang baharu jangkitan, lonjakan kes hospital dan unit rawatan rapi (ICU), ” katanya.

    Menurut Wong, Singapura mempunyai kemampuan untuk mencapai kadar liputan vaksinasi tinggi dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

    “Ini membolehkan kita membuka kembali secara progresif dan kembali terhubung dengan dunia,” katanya.

    Wong menyatakan, Singapura berada di landasan tepat ke arah wawasannya untuk menyuntik vaksin kepada dua pertiga daripada penduduk negara itu menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

    Setakat 3 Julai 2021, Singapura telah memberikan sejumlah 5,706,932 dos vaksin COVID-19 menerusi program vaksinasi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda