SINGAPURA, 18 OGOS – Pihak berkuasa Singapura telah mempertingkatkan penguatkuasaan larangan rokok elektronik dalam rangkaian pengangkutan awam, dengan kakitangan stesen kini giat melakukan rondaan, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini.
Mereka yang didapati menggunakan rokok elektronik akan diarah keluar dari premis dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, manakala individu yang berada dalam keadaan mabuk boleh diserahkan kepada polis,” kata agensi itu dalam hantaran di Facebook.
Dalam satu hantaran berasingan pada Isnin, pengendali pengangkutan SMRT menggesa orang ramai supaya melaporkan kesalahan berkaitan rokok elektronik kepada pihak berkuasa.
Rokok elektronik adalah dilarang di Singapura dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$2,000 (kira-kira AS$1,559). – Bernama


