SINGAPURA, 12 FEB – Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024, mencerminkan trend membimbangkan dalam kalangan belia, menurut laporan terbaharu Biro Narkotik Pusat (CNB).
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan hari ini, mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
“Pada 2024, penagih termuda yang ditahan berusia 13 tahun, jauh lebih muda berbanding purata umur mula terjebak dengan dadah iaitu 16 tahun, seperti didedahkan dalam tinjauan pada 2022 oleh Institut Kesihatan Mental (IMH).
“Meskipun situasi dadah di Singapura secara umumnya terkawal, trend penagihan dalam kalangan belia masih menjadi kebimbangan,” menurut laporan itu, sambil menyatakan bahawa angka bagi 2024 masih bersifat sementara. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P11-3C-Envato_13022025.jpg)