Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai – Menteri Luar

    SINGAPURA, 2 JULAI – Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

    Beliau berkata pertimbangan utama Singapura ialah langkah sedemikian harus membantu kemajuan ke arah keamanan dan merundingkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.

    “Khususnya, perlu ada kerajaan Palestin yang berkesan yang menerima hak Israel untuk wujud dan menolak keganasan secara tegas.

    “Kami menggesa kedua-dua pihak untuk mengambil langkah ke arah keamanan yang berkekalan dan menamatkan penderitaan yang telah berlangsung terlalu lama,” kata menteri itu kepada Parlimen, hari ini.

    Pada 10 Mei, Singapura mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan sokongan terhadap keanggotaan Palestin di PBB.

    Balakrishnan berkata Singapura membuat undian itu selepas pertimbangan teliti dengan harapan Palestin dan Israel menyambung semula rundingan terus ke arah penyelesaian dua negara ketika prospek semakin suram.

    Sementara itu, Balakrishnan berkata tahap sokongan Singapura kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak tertakluk sama ada terdapat pengiktirafan rasmi terhadap negara itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...