Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura sekat 10 laman sesawang

    SINGAPURA, 22 OKT – Kerajaan Singapura telah menyekat 10 laman sesawang tidak sah yang diwujudkan oleh pelaku asing yang boleh digunakan untuk melancarkan kempen maklumat yang boleh menimbulkan permusuhan (HIC) terhadap negara itu.

    Kementerian Dalam Negeri (MHA) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) berkata laman sesawang tidak sah itu menyamar sebagai laman sesawang tempatan dengan memperdayakan atau menggunakan istilah yang berkaitan dengan Singapura dalam nama domain mereka serta menggabungkan ciri dan visual tempatan yang biasa dilihat.

    Laman sesawang itu juga mengandungi kandungan mengenai Singapura, sebahagian daripadanya dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI), taktik biasa yang digunakan oleh pelaku asing berniat jahat yang boleh menarik pengikut tempatan dan kemudiannya digunakan sebagai platform untuk melancarkan HIC.

    “Sepuluh laman sesawang tidak sah ini berpotensi digunakan oleh pelaku asing untuk melancarkan HIC terhadap Singapura, dan demi kepentingan awam, arahan di bawah Seksyen 16 Akta Penyiaran 1994 dikeluarkan untuk melumpuhkan akses kepada laman-laman ini bagi pengguna di Singapura,” menurut MHA dan IMDA dalam kenyataan bersama hari ini.

    MHA dan IMDA menyatakan bahawa kebanyakan laman sesawang itu dikaitkan dengan rangkaian portal berita tidak sah global yang telah dilaporkan oleh penyelidik keselamatan siber sebagai terlibat dalam HIC dan mempengaruhi kempen di negara lain. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda