Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Singapura sekat Allianz beli majoriti syarikat insurans tempatan

    SINGAPURA, 14 OKT – Singapura hari ini bertindak menyekat perjanjian bernilai AS$1.7 bilion yang membenarkan syarikat gergasi insurans Jerman, Allianz, membeli pegangan majoriti dalam syarikat insurans tempatan.

    Allianz mengumumkan pada Julai tawaran tunai sukarela untuk membeli sekurang-kurangnya 51 peratus saham Income Insurance Singapura, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

    Income menyatakan ia memerlukan sokongan kewangan Allianz untuk bersaing dengan lebih baik dalam industri.

    Namun, perjanjian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan bahawa pemilikan majoriti oleh syarikat swasta akan menjejas misi sosial Income untuk menyediakan insurans mampu milik.

    Income, bekas koperasi yang menjadi syarikat tidak tersenarai pada 2022, mempunyai pemegang saham terbesar iaitu NTUC Enterprise, sebuah entiti pegangan bagi pelbagai perusahaan sosial di bawah gerakan buruh. – AFP

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Pertumbuhan S’pura diramal melonjak sebab AI

    SINGAPURA, 21 NOV – Ekonomi Singapura diramalkan bertumbuh untuk...

    Arab Saudi akan labur AS$1 trilion di AS

    WASHINGTON, 19 NOV - Putera Mahkota Mohammed bin Salman...

    Samsung akan labur lebih AS$300 bilion dalam 5 tahun

    SEOUL, 17 NOV- Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, Kumpulan...

    Toyota umumkan pelaburan $10 bilion ke AS

    TOKYO, 13 NOV – Syarikat gergasi automotif Jepun, Toyota,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...