Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura setuju buka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching

    SIBU, 31 OKT – Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura, kelmarin.

    Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini berkata pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

    “Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.

    Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia hari ini.

    Beliau berkata usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) ketika sesi Sarawak Agenda Townhall pada program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di MITEC pada 21 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda