Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Singapura tawarkan bonus SGD$100,000 kepada jururawat

    SINGAPURA, 21 FEB – Singapura akan memberikan bonus sehingga SGD$100,000 kepada jururawat untuk menggalakkan mereka kekal dalam sistem kesihatan awam ketika negara itu menangani kekurangan kakitangan dan masyarakat yang semakin tua.

    Kira-kira 29,000 orang jururawat akan layak menerima bonus itu, termasuk jururawat asing yang telah bekerja di negara itu selama empat tahun, kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, kelmarin.

    “Kami mahu menyokong jururawat kami untuk melakukan kerja yang baik,” kata Ong. Ong berkata COVID-19 telah memburukkan lagi kekurangan jururawat di Singapura, di mana bilangan jururawat asing yang lebih tinggi daripada biasa berhenti ketika wabak.

    Ramai jururawat asing di Singapura datang dari negara jiran termasuk Malaysia, Filipina dan Myanmar. Di bawah skim insentif yang diumumkan oleh Ong, jururawat akan layak mendapat sehingga SGD$100,000 sama ada bagi tempoh lebih 20 tahun, atau sehingga umur persaraan. Tahun lepas, pihak berkuasa memperkenalkan bonus pendaftaran SGD$15,000 untuk graduan kejururawatan baharu yang menyertai hospital atau klinik awam.

    Ong berkata jumlah pengambilan pelajar kejururawatan meningkat kira-kira 30 peratus dari 2013 hingga 2023.

    Kementerian kesihatan menganggarkan satu daripada empat warga Singapura akan berumur 65 tahun ke atas menjelang 2030, manakala dianggarkan 83,000 warga emas akan tinggal bersendirian. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...