Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Singapura tegas tangani kes rentas sempadan secara haram

    SINGAPURA, 22 FEB – Pemandu warga asing dan kenderaan yang didaftarkan di negara lain perlu memiliki lesen yang sah sebelum dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan rentas sempadan, kata Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat.

    “Ini bertujuan melindungi penumpang kerana pemandu yang menggunakan kenderaan berlesen itu dikehendaki mempunyai perlindungan insurans yang sah untuk penumpang…,” kata beliau di laman Facebook rasminya.

    Sambil memuji usaha Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) republik itu yang baru-baru ini berjaya memintas empat pemandu yang cuba menyediakan khidmat rentas sempadan secara haram, Chee berkata LTA perlu mengambil pendirian tegas terhadap amalan itu dan menjalankan operasi penyamaran untuk menahan pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.

    “Kepada pemandu yang berniat untuk menawarkan perkhidmatan haram seperti itu, ingin saya jelaskan: fikir dengan sedalam-dalamnya sebelum melanggar peraturan kerana awda tidak pernah tahu sama ada ‘pelanggan’ awda seterusnya adalah pegawai LTA yang menyamar,” katanya. Semasa operasi penguatkuasaan LTA baru-baru ini, empat pemandu ditahan selepas didapati menawarkan perkhidmatan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia secara haram.

    “Kami memandang serius kesalahan itu. Untuk keselamatan awda, elakkan daripada menggunakan perkhidmatan tersebut.

    “Selain menyalahi undang-undang, kenderaan yang digunakan mungkin tidak mempunyai insurans terhadap pihak ketiga yang boleh menimbulkan masalah serius kepada penumpang sekiranya berlaku kemalangan,” menurut LTA. – Bernama

    Gambar ANN
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...