Saturday, February 15, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura tolak kemasukan 33,100 warga asing 2024

    SINGAPURA, 14 FEB – Singapura menolak kemasukan 33,100 warga asing tahun lepas, yang majoritinya dinilai menimbulkan berisiko terhadap imigresen dan keselamatan negara, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini.

    Jumlah itu menunjukkan peningkatan 15.7 peratus berbanding 28,600 warga asing pada 2023.

    “Kebanyakan pengembara berisiko tinggi ini dikenal pasti melalui usaha penyasaran dan pemprofilan lapangan ICA,” menurut ICA dalam kenyataan mengenai Statistik Tahunan 2024. Risiko imigresen termasuk kemungkinan untuk tinggal lebih masa atau bekerja secara haram, manakala risiko keselamatan melibatkan potensi untuk melakukan jenayah di Singapura.

    ICA turut menyatakan bahawa pada 2024, terdapat penurunan dalam bilangan kes identiti berganda yang dikesan di pusat pemeriksaan, berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan sistem pelepasan biometrik pelbagai mod serta publisiti berterusan yang menghalang percubaan masuk secara haram.

    Selain itu, agensi itu menyatakan bahawa setakat 31 Januari 2025, kira-kira 47 juta pengembara telah melepasi pemeriksaan imigresen tanpa perlu mengemukakan pasport di bawah Konsep Pelepasan Baharu (NCC). Inisiatif tersebut membolehkan penduduk menikmati pelepasan tanpa pasport di pusat pemeriksaan utama, dan pelepasan automatik kini telah diperluaskan kepada semua pelawat asing. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda