Wednesday, April 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura turunkan unjuran KDNK 2025

    SINGAPURA, 14 APRIL – Singapura bertindak menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi-nya dalam julat 0.0-2.0 peratus bagi 2025 susulan impak pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi dan perdagangan global selain prestasi suku pertama republik itu.

    Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) sebelum ini telah mengunjurkan pertumbuhan dalam lingkungan 1.0-3.0 peratus.

    Dalam kenyataan hari ini, MTI berkata berdasarkan unjuran awal, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2025 yang juga lebih perlahan daripada pertumbuhan 5.0 peratus pada suku sebelumnya.

    Pada asas suku ke suku, pelarasan bermusim menyaksikan ekonomi menguncup sebanyak 0.8 peratus, berbeza daripada pengembangan 0.5 peratus pada suku keempat 2024 akibat penurunan sektor pembuatan dan beberapa sektor perkhidmatan berorientasikan luar seperti kewangan dan insurans seiring dengan permintaan luaran yang perlahan.

    “Pelaksanaan tarif AS serta ketegangan yang berlanjutan dengan China dijangka memberi tekanan ketara ke atas aktiviti perdagangan dan ekonomi global.

    “Unjuran pertumbuhan ke atas ekonomi di rantau ini akan mendapat impak negatif daripada penyusutan permintaan luar, sebahagiannya disebabkan oleh impak meluas tarif ke atas pertumbuhan dan perdagangan di peringkat dunia,” katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda