Sunday, March 30, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura, Vietnam tandatangan LOI, tingkatkan kerjasama grid kuasa ASEAN

    SINGAPURA, 26 MAC – Singapura dan Vietnam telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) hari ini bagi meningkatkan kerjasama dalam perdagangan elektrik rentas sempadan untuk Grid Kuasa ASEAN (APG), dengan meneroka kemungkinan meningkatkan kapasiti import elektrik rendah karbon ke Singapura kepada sekitar 2 gigawatt (gw) menjelang 2035.

    Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) memaklumkan bahawa langkah itu berasaskan Kelulusan Bersyarat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura kepada Sembcorp Utilities pada Oktober 2023 untuk mengimport 1.2GW tenaga rendah karbon melalui kabel dasar laut baharu sepanjang kira-kira 1,000 kilometer dari Vietnam ke Singapura.

    “Kerajaan Vietnam dan Singapura akan terus melibatkan syarikat-syarikat yang berminat dan mempunyai cadangan yang kukuh serta berdaya maju secara komersial,” menurut kenyataan MTI hari ini.

    Menerusi LOI tersebut, kedua-dua negara menegaskan semula hasrat bersama untuk mewujudkan Grid Tenaga ASEAN yang mampan, inklusif dan berdaya tahan, yang terdiri daripada pelbagai sambungan tenaga seperti di rantau lain, bagi merealisasikan visi bersama ASEAN mengenai perdagangan tenaga rentas sempadan secara multilateral dan pelbagai hala di samping meningkatkan keselamatan tenaga.

    LOI itu berasaskan Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama tenaga antara Singapura dan Vietnam yang ditandatangani pada 2022, serta laporan bersama mengenai kerjasama perdagangan kuasa angin luar pesisir antara kedua-dua negara yang diluluskan tahun ini. – Bernama

    Pham Minh Chinh (kanan), bersalaman dengan Lawrence Wong, semasa pertemuan di Pejabat Kerajaan di Hanoi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda