Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023

    SINGAPURA, 14 MAC – Jumlah pekerjaan di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 membabitkan 83,500 bagi bukan pemastautin dan 4,900 bagi penduduk, menurut laporan pasaran buruh yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia hari ini.

    Kebanyakan pekerjaan baharu bagi bukan pemastautin Singapura adalah dalam sektor pembinaan dan pembuatan manakala pertumbuhan pekerjaan penduduk dilihat dalam sektor berpendapatan tinggi seperti perkhidmatan kewangan, lapor Xinhua.

    Bilangan pekerja di Singapura melebihi 3.7 juta pada Disember 2023 kecuali pembantu rumah migran, menurut laporan itu.

    Jumlah pemberhentian pekerja pada 2023 meningkat kepada 14,590 berbanding 6,440 pada 2022.

    Kadar pengangguran jangka panjang kekal stabil pada 0.7 peratus. – Bernama

    Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia Singapura kelmarin menunjukkan jumlah pekerjaan di negara itu mencatatkan peningkatan. – ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda