Saturday, December 28, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siniakova parahkan nasib Wozniacki

    BASTAD, 31 Julai – Katerina Siniakova dari Republik Czech telah menjulang gelaran gelanggang tanah liat Bastad kelmarin dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Caroline Wozniacki, yang kini sudah tewas dalam lima final 2017.

    Siniakova, 21, pemain ke-56 dunia, meraih gelaran kedua dalam kerjayanya selepas kejayaan pertama di Shenzhen tahun lepas.

    “Ia sangat hebat buat saya,” kata Siniakova, yang merupakan pemenang kedua di venue Sweden itu pada tahun 2016.

    “Tahun lepas sangat bagus, dan saya begitu gembira untuk kembali kerana saya tidak dapat membayangkan minggu sehebat ini.”

    Hujan lebat menangguhkan final itu selama lebih dua jam sebelum aksi kemudian terganggu dengan rehat rawatan bagi kedua pemain.

    Katerina Siniakova membalas pukulan Wozniacki dalam aksi final perseorang wanita Bastad. Siniakova menang 6-3, 6-4. – AP
    Katerina Siniakova membalas pukulan Wozniacki dalam aksi final perseorang wanita Bastad. Siniakova menang 6-3, 6-4. – AP

    Wozniacki, yang mendahului musim dengan 42 kemenangan, menyasarkan membawa pulang gelaran pertamanya selepas menamatkan di tempat kedua di Doha, Dubai, Miami dan Eastbourne.

    Namun, usahanya tidak dibantu dengan kecederaan siku kanan, yang menyebabkan dia melakukan beberapa kesilapan.

    “Ia adalah perlawanan sukar. Katerina bermain dengan sangat cemerlang, tahniah atas memenangi gelaran,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu kepada qtatour.com.

    “Saya tidak sabar bagi Siri Terbuka As dan Terbuka AS. ia adalah kejohanan di mana saya melakukan yang terbaik, dan antara kejohanan kegemaran saya setiap tahun. Saya gembira untuk kembali, melihat bagaimana saya beraksi di gelanggang keras dan berharap menamatkan tahun ini dengan hebat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda