BANGKOK, 4 OGOS – Ribut tropika Sinlaku yang membawa angin kencang dan hujan lebat setakat ini telah meragut tujuh nyawa dan merosakkan perladangan serta ternakan ikan di wilayah utara dan selatan Thailand.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana Chayapol Thitisak berkata ribut tropika itu turut merosakkan 2,197 hektar ladang dan 20 tan metrik ternakan ikan. Sinlaku mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh serta ribut, dan 13,730 keluarga terpaksa dipindahkan setakat ini.
“Sehingga kini, ia telah meragut tujuh nyawa, termasuk tiga yang lemas – masing-masing di Phitsanulok, Udon Thani, dan Nong Bua Lamphu manakala dua lagi terkorban akibat terjatuh dari pokok di Phuket dan Nakhon Si Thammarat,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama