Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinn Fein menang p’raya Ireland Utara

    MOSCOW, 8 MEI – Parti Nasionalis Sinn Fein memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Ireland Utara buat pertama kali dalam sejarah, lapor Sputnik, memetik laporan media UK pada Sabtu.

    Menurut Sky News, Sinn Fein memenangi 27 kerusi berbanding 90 kerusi, dan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) hanya memperoleh 24 kerusi di tempat kedua.

    Sinn Fein menjadi parti nasionalis pertama yang mengawal badan perundangan Ireland Utara.

    DUP telah hilang kepercayaan dalam kalangan ahli kesatuan berikutan reaksinya terhadap Brexit dan aturan perdagangan Ireland Utara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda