Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sinner, Alcaraz terus buru gelaran

    LONDON, 4 JULAI – Dua pemain pilihan merangkul gelaran, Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz mara ke pusingan ketiga Wimbledon kelmarin manakala bintang Jepun, Naomi Osaka kecundang sekembalinya ke Centre Court selepas tidak bertanding selama lima tahun.

    Juara Terbuka Australia, Sinner menewaskan rakan sepasukan Piala Davis Itali, Matteo Berrettini 7-6 (7/3), 7-6 (7/4), 2-6, 7-6 (7/4) dalam pertarungan tiga jam 42 minit.

    Berrettini, naib juara 2021, memberikan tentangan sengit termasuk 28 ace, mengatasi pilihan utama dan melakukan empat penamat servis.

    Bagaimanapun, Sinner mengekalkan ketenangan selepas memenangi set keempat untuk memaksa Berrettini melakukan kesilapan kali ke-48 dan terakhir untuk menamatkan persaingan berkenaan.

    “Memang sukar apabila kami terpaksa beraaing antara satu sama lain pada pusingan kedua,” kata Sinner, bekas finalis separuh akhir 2023, yang akan menentang Miomir Kecmanovic untuk menempah tempat ke pusingan 16 terakhir.

    Sementara itu, Alcaraz pula menewaskan pemain nombor 69 dunia Australia, Aleksandar Vukic 7-6 (7/5), 6-2, 6-2 untuk mara ke pusingan seterusnya.

    Satu-satunya saat membimbangkan bagi pemain pilihan ketiga dari Sepanyol itu adalah pada set pertama apabila dia terlepas kelebihan mata pada 5-2 dan mendapati dirinya ketinggalan 5-6 dengan Vukic melakukan servis untuk pembukaan.

    Bagaimanapun, juara tiga kejohanan utama itu kemudian mengukuhkan prestasi pada set berikutnya untuk mengalahkan pemain yang pernah menewaskannya di peringkat kelayakan Terbuka Perancis 2020.

    Alcaraz seterusnya akan berdepan rakan senegara, Frances Tiafoe, pemain Amerika yang dikalahkannya dalam lima set pada separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2022 dalam perjalanannya menjuarai Grand Slam pertamanya. – AFP

    Reaksi Sinner meraikan kemenangan menentang Berrettini pada 4 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...