Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner duduki ranking 10 teratas ATP

    PARIS, 1 NOV – Pemain Itali, Jannik Sinner berjaya menduduki ranking 10 teratas ATP untuk kali pertamanya dalam karier pada hari ini, naik dua tempat ke kedudukan kesembilan.

    Pemain berusia 20 tahun itu berharap dapat merangsang peluangnya untuk bermain sehingga akhir musim Masters dengan prestasi cemerlang pada kejohanan Paris Masters minggu ini.

    Dia merupakan seorang daripada dua pemain Itali yang menduduki tangga 10 teratas – seorang lagi peserta final Wimbledon Matteo Berrettini di tempat ketujuh – selepas mengesah kemenangannya di Antwerp dengan memasuki pusingan separuh akhir di Vienna pada minggu lalu.

    Juara Olimpik Alexander Zverev kekal di tangga keempat meskipun meraih gelaran kelima pada tahun ini semalam di Vienna.

    Pemain Rusia Daniil Medvedev masih menaruh harapan mengakhiri tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia dan telah merapatkan jurang ke atas pemain teratas Novak Djokovic.

    Kedua-dua mereka sedang bertanding di Paris dengan Medvedev sebagai juara bertahan sementara Djokovic kembali ke gelanggang untuk kali pertama sejak pemain Rusia itu memusnahkan impian Grand Slamnya dalam final Terbuka AS pada September. – AFP

    Aksi Jannik Sinner semasa mengembalikan bola kepada Frances Tiafoe dalam perlawanan tenis Terbuka Erste Bank di Vienna, Austria. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda