Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner juara Terbuka Vienna, bangkit tewaskan Zverev

    BERLIN, 27 OKT – Jannik Sinner bangkit menewaskan Alexander Zverev 3-6, 6-3, 7-5 dalam pertarungan sengit antara dua pemain pilihan utama bagi menjuarai kejohanan Terbuka Vienna pada kelmarin, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Pemain itu meraih gelaran ke-22 dalam kariernya, yang juga keempat musim ini selepas pertarungan selama dua jam 29 minit.

    Sementara itu, Zverev menampilkan aksi terbaiknya dalam musim yang tidak menentu, namun gagal meraih gelaran kedua tahun ini selepas kali terakhir menjuarai Terbuka Vienna pada 2021.

    Kedua-dua pemain kali terakhir bertemu di Terbuka Australia pada Januari lalu yang menyaksikan Sinner menang straight set

    “Set ketiga agak mencabar, seolah-olah menaiki roller-coaster tetapi pada masa tertentu saya dapat membaca permainan dengan baik. Jadi saya terus mengasak dan gembira dapat menambah satu lagi gelaran. Ia sangat bermakna,” kata Sinner seperti dipetik laman web ATP.

    Mengulas keadaan fizikalnya, beliau berkata: “Perkara paling penting ialah tidak berputus asa dan terus berjuang. Saya cuba memahami situasi dan membuat keputusan yang tepat pada masa yang sesuai. Itulah kunci kemenangan hari ini.” – Bernama/dpa

    Jannik Sinner (kiri) menjulang trofi selepas memenangi perlawanan akhir menentang Alexander Zverev di kejohanan tenis ATP di Vienna, Austria kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda