Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner kini pemain nombor 1 dunia

    PARIS, 11 JUN – Jangkaan mengenai kedudukan Jannik Sinner menghuni ranking nombor 1 dunia telah dirasmikan kelmarin apabila ATP mengeluarkan senarai terkini, menjadikannya pemain Itali pertama yang pernah memegang tempat teratas.

    “Saya berada di pertengahan musim. Terdapat beberapa kejohanan yang sangat penting yang akan datang, termasuk Wimbledon. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat, yang pasti akan saya raikan bersama orang tersayang. Jelas sekali saya sangat gembira. Ini ialah impian yang telah menjadi kenyataan. Namun, sekarang ada cabaran baharu yang menanti,” kata Sinner apabila ditanya oleh The Associated Press mengenai sambutan sempena pencapaian beliau.

    Sinner mara ke separuh akhir Terbuka Perancis di mana beliau ditewaskan oleh juara kejohanan, Carlos Alcaraz yang kini naik ke ranking kedua dunia, sekali gus menyingkirkan Novak Djokovic yang telah berada di kedudukan teratas sejak September tahun lalu, ke tempat ketiga.

    Djokovic memegang rekod untuk jumlah minggu yang dihabiskan di kedudukan nombor 1 – yang mana jumlahnya bersamaan 428 minggu, iaitu 118 minggu lebih banyak daripada Roger Federer yang berada di tempat kedua. Alexander Zverev dari Jerman, yang merupakan naib juara di Terbuka Perancis, kekal di ranking keempat, di hadapan pemain-pemain Rusia, Daniil Medvedev dan Andrey Rublev. – AP/AFP

    Aksi Sinner semasa menentang Alcaraz dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis di stadium Roland Garros di Paris baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda