UMAG, CROATIA, 1 OGOS – Jannik Sinner menewaskan remaja Sepanyol Carlos Alcaraz buat kali kedua dalam empat minggu semalam untuk merampas gelaran Umag di gelanggang tanah liat.
Pemain nombor 10 dunia, Sinner bangkit daripada defisit set pertama untuk menewaskan pemain pilihan kelima Alcaraz 6-7 (5/7), 6-1, 6-1 dalam final.
Sinner, yang mempunyai enam gelaran kerjaya tetapi yang pertama di gelanggang tanah liat, juga berjaya menewaskan pemain berusia 19 tahun itu dalam pusingan keempat di Wimbledon awal bulan ini.
“Saya berasa amat gembira,” kata Sinner yang menyelamatkan kesemua sembilan mata penamat yang dihadapinya.
“Saya mengharungi tahun yang sukar sehingga sekarang, saya mengalami beberapa situasi tidak bernasib baik, tetapi kami berusaha sepanjang masa untuk bermain dengan lebih baik, untuk menjadi pemain lebih baik, untuk menjadi individu lebih baik.
“Maka, saya berasa amat gembira untuk menjulang trofi akhirnya tahun ini, tetapi saya tahu saya masih mempunyai banyak yang perlu dipertingkatkan. Segala-galanya adalah mengenai proses.”
Alcaraz berusaha memena-ngi gelaran kelimanya pada 2022 tetapi sebaliknya disingkir dalam final untuk dua minggu berturut-turut setelah kecundang kepada seorang lagi pemain Itali, Lorenzo Musetti di Hamburg. – AFP