Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner terima trofi ATP akhir tahun

    TURIN, 12 NOV – Jannik Sinner menghabiskan hari rehat pertamanya di Final ATP di Turin dengan mengumpul trofi untuk dinobatkan sebagai pemain tenis nombor 1 dunia, kelmarin.

    Sinner memasuki acara penutup musim ini dengan jaminan menjadi pemain Itali pertama yang menduduki ranking nombor 1 pada peng-hujung tahun ATP.

    “Ia merupakan detik yang sangat istimewa untuk berkongsi pencapaian itu di Itali,” katanya.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dari seluruh dunia dan kepada pasukan saya. Tanpa orang-orang yang dekat dengan saya, yang memahami saya sebagai seorang individu, siapa saya, ia akan menjadi sangat sukar,” tambah Sinner, sambil menyebut dirinya ‘sangat bertuah’.

    Musim Sinner telah dilanda kontroversi selepas dia dua kali diuji positif mengandungi jejak clostebol steroid pada Mac.

    Dia pada mulanya dibebaskan oleh Agensi Integriti Tenis Antarabangsa tetapi pada akhir September Agensi Anti-Doping Dunia membuat rayuan, memohon agar hukuman larangan selama dua tahun dikenakan.

    Pemain Itali itu, yang memenangi perlawanan pertamanya pada perlawanan akhir baru-baru ini menentang pemain Australia, Alex de Minaur, menggantikan Novak Djokovic dari Serbia, yang menamatkan tahun sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak lapan kali.

    Boris Becker, yang menghabiskan 221 hari di kedudukan pertama pada 1991 tetapi tidak pernah menamatkan tahun di kedudukan teratas, turut hadir pada majlis penyampaian anugerah. – AFP

    Sinner menerima trofi semasa kejohanan tenis Final ATP di Turin pada 11 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda