Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner tumpaskan Fritz menangi ATP Finals

    TURIN, 18 NOV – Jannik Sinner memenangi Pusingan Akhir ATP kelmarin selepas menewaskan Taylor Fritz 6-4, 6-4 untuk menuntut gelaran pertamanya pada acara akhir musim di Turin.

    Kejayaan Sinner di tanah airnya adalah detik kegemilangan terbaharu dalam kerjayanya di mana pemain berusia 23 tahun itu memenangi lapan kejohanan, termasuk kemenangan pertama Grand Slamnya di Terbuka Australia dan AS.

    “Ia menakjubkan, ia adalah gelaran pertama saya di Itali dan ia amat bermakna bagi saya,” kata Sinner.

    “Ia sesuatu yang sangat istimewa. Saya hanya cuba memahami apa yang terbaik untuk setiap lawan, cuba bermain tenis terbaik saya. Itulah kuncinya.

    “Ia adalah kejohanan peringkat tinggi bagi saya. Ada kalanya, saya tidak dapat bermain dengan baik, jadi saya sangat gembira kali ini.”

    Pemain nombor satu dunia, Sinner sekali lagi menewaskan Fritz dengan straight set sama seperti yang dilakukannya di peringkat kumpulan dan final Terbuka AS pada September lalu, meningkatkan rekodnya di gelanggang permukaan keras tahun ini kepada 50-3.

    Sinner adalah orang Itali pertama yang memenangi Finals, menambah kepada kejayaan beberapa hari selepas menjadi yang pertama dari negaranya mendahului ranking akhir tahun ATP.

    “Saya cuba menjadikan diri saya lebih baik daripada tahun lepas dengan berusaha untuk memenangi perlawanan akhir ini. Saya sangat gembira dapat menangani cabarai ini dan berkongsi kejayaan ini dengan penonton Itali,” kata Sinner.

    Set pertama memihak kepada Sinner selepas permainan ketujuh yang menarik berlangsung selama sembilan minit dan akhirnya dimenangi pada mata akhir.

    Fritz walaupun berusaha untuk bangkit, dia tidak dapat melawan dan tunduk kepada keunggulan lawannya.

    “Dengan keputusan yang baik, ia merupakan minggu yang hebat untuk saya,” kata Fritz yang kalah kali keempat dalam lima pertemuan dengan Sinner.

    “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jannik dan pasukannya kerana dia bermain tenis yang luar biasa, sungguh luar biasa.”

    Sinner kini menuju ke Malaga di mana dia berharap untuk memimpin Itali untuk mempertahankan kejuaraan Piala Davis mereka. – AFP

    Jannik Sinner (kiri) dan Taylor Fritz dari bergambar bersama trofi mereka selepas perlawanan akhir pada kejohanan tenis ATP Finals di Turin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda