Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sinner tundukkan de Minaur di Final ATP

    TURIN, 11 NOV – Jannik Sinner memulakan usahanya untuk meraih gelaran Final ATP pertamanya dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Alex de Minaur kelmarin, manakala bekas juara, Daniil Medvedev hilang kawalan semasa kekalahannya kepada Taylor Fritz.

    Pemain Itali itu menggembirakan penyokong di Turin dengan kemenangan selesa ke atas de Minaur, yang membuat penampilan sulung di kejohanan itu dan menduduki tempat pertama dalam Kumpulan Ilie Nastase.

    Pemain nombor satu dunia itu, tidak bermain sejak memenangi Shanghai Masters bulan lalu, hanya mengalami satu detik cemas ketika servisnya dipatahkan pada awal set pertama.

    Tetapi Sinner dengan cepat bangkit untuk memenangi empat perlawanan berturut-turut dan menjadikan set pembukaan kepada 5-2 sebelum menutupnya dengan mata set pertamanya.

    Sinner menamatkan kemenangan rutin dengan cemerlang melalui permainan servis yang sempurna dan mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah selepas menamatkannya dengan pukulan ace yang bergaya.

    “Ia permulaan yang baik bagi saya dalam acara ini, untuk kejohanan ini, memandangkan saya tidak bermain dalam perlawanan rasmi selama empat minggu dalam. Saya gembira kerana dapat bermain pada tahap seperti ini hari ini,” kata Sinner kepada pemberita.

    “Saya pada mulanya melalui beberapa saat yang genting, dan kemudian saya dapat menyesuaikan diri di atas gelanggang. Saya sangat gembira,” ujarnya.

    Sinner, yang tewas pada perlawanan akhir tahun lalu kepada Novak Djokovic, mendahului ranking dunia selepas musim yang menakjubkan di mana dia meraih kemenangan Grand Slam pertama di Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat serta menambah lima lagi gelaran ATP. – AFP

    Aksi Sinner semasa perlawanan tenis perseorangan lelaki di Arena Inalpi, di Turin, Itali pada 10 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda