Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Siput bakal diberi status terancam

    RENO, NEVADA, 13 SEPT – Penyokong pemuliharaan berusaha mendapatkan perlindungan Akta Spesies Terancam untuk siput kecil saiz sebesar kacang pea yang hanya hidup di mata air padang pasir berdekatan lombong litium besar yang dirancang dibina di Nevada, Oregon, Amerika Syarikat (AS).

    Projek Legeh Wilayah Barat memfailkan petisyen penyenaraian tersebut pada minggu lalu dengan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar AS untuk Kings River pyrg, sejenis siput yang ditemui di 13 mata air terpencil di sekitar Thacker Pass, 321 kilometer dari timur laut Reno.

    Ia berkata ancaman terbesar kepada siput berkenaan adalah gangguan aliran air bawah tanah hasil daripada pembinaan lombong sedalam 113 meter yang diluluskan oleh Biro Pengurusan Tanah pada tahun lalu dan kini dicabar di Mahkamah Daerah AS di Reno.

    Ancaman lain termasuk haiwan ternakan meragut rumput, pembinaan jalan dan perubahan iklim.

    “Pengurus tanah persekutuan meletakkan siput akuatik ini dalam keadaan terancam dengan meluluskan perlombongan litium besar-besaran di Thacker Pass,” kata Erik Molvar, pengarah eksekutif kumpulan Idaho.

    Kulit siput tersebut berukuran kurang 2 milimeter tinggi, menurut petisyen, yang disamakan dengan duit syiling nikel AS setebal 1.95 milimeter.

    Siput berkenaan hidup di mata air, yang merupakan saki-baki jalan air yang telah merangkumi tanah kering sekarang dan telah menyusut banyak kali sejak 2 juta tahun lalu.

    Aktiviti mengepam air bawah tanah dikaitkan dengan operasi lombong akan mengurangkan atau menghapus aliran ke mata air yang menyokong kehidupan siput, katanya. – AP

    Gambar serahan Lynne Buckner menunjukkan Kings River pryg, sejenis siput yang ditemui di 13 mata air sekitar Thacker Pass, timur laut Reno. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...